PENGENALAN SYARIKAT
MERCU BUANA (M) SDN.BHD adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 27 Februari 1999 di bawah akta syarikat 1965. Ianya dimiliki oleh 100% pegangan saham oleh Bumiputera.
Asas penubuhan syarikat MERCU BUANA (M) SDN.BHD bertujuan untuk menjalankan perniagaan dalam industri pembinaan, perkhidmatan dan pembekalan. Pemilik dan tenaga kerja pengurusan syarikat cukup berpengalaman dalam bidang pembinaan dan kerja-kerja berkaitan bidang pembinaan.
Syarikat ini juga berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan untuk lesen G4 serta memiliki taraf Bumiputera.
Dengan pengalaman syarikat dan kakitangan serta staff sokongan, pihak syarikat yakin dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan.
Comments
Post a Comment